Teknologi Maklumat (TM) dikatakan berperanan penting dalam memperkasa
globalisasi sebagai satu fenomena social. Dihujahkan juga kewujudan TM
dan globalisasi &can membawakan pendemokrasian ilmu pengetahuan. Untuk
meneliti sejauhmana tanggapan ini boleh dipertahankan, kami menjadikan
pengalaman Malaysia sebagai kajian kes. Kami dapati bahawa kerajaan
Malaysia telah merancang dengan teliti projek besar dan kecilnya yang berkait
dengan 17'. Namun, kejayaannya terbatas dan bergantung kepada peningkatan kualiti hidup di kalangan rakyat sebagai pra-syarat. Dalam bidang pendidikan, projek khas seperti Portal www.malaycivilization.com yang dilaksanakan oleh 47'MA didapati berfaedah bukan sahaja untuk penyelidik dalam bidang Pengajian Alam Melayu...