Buku ini begitu menarik hinggakan saya begitu teruja membacanya. Buku ini menceritakan secara lengkap tentang sejarah Raja Iskandar dan juga Nabi-Nabi lain yang turut wujud sebelum dan selepas zaman itu. Kajian secara lengkap ini telah dilakukan oleh Afareez Abd Razak Al-Hafiz seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga telah melawat beberapa peninggalan Raja Iskandar bagi mendapatkan gambaran yang lebih ringkas lagi tentang sejarah kehidupan serta pemerintahannya. Buku ini juga turut sama memaparkan gambar-gambar menarik sewaktu zaman pemerintahan Raja Iskandar ini.